Thursday, November 8, 2012

Sesudah majlis pertunangan adik ipar

sireh

buah-buahan

sepasang kain

kek buah

cincin merisik dan pertunangan


Bertolak ke Kelantan untuk menunangkan adik ipar pada hari Sabtu selepas Hari Raya Haji yang lepas.Inilah antara hantaran yang digubah oleh saya apabila tiba di Kelantan kecuali bekas cincin tu.hehehe.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dari segi perjalanan pergi,tiba,majlis kecil-kecilannya dan perjalanan pulang.Pergi balik mahu makan 12 jam setiap satu.Semasa perjalanan pergi,kami memasuki bandar Kuala Terengganu,kemudian menyusuri jalan pantai hingga ke Bachok .Jauhnya dengan bawa anak 2 tahun saya,tahu-tahu jelah...walaupun ragamnya tak teruk sangat,penat la juga.Sempat la berehat dan ambil angin di Pantai Mehrang,beli jagung rebus,jagung bakar.Selepas tu kami meneruskan perjalanan tanpa henti melainkan isi minyak kereta,dan akhirnya sampai juga kami pada pukul 6.50 di Jelawat.Sampai saja,azan maghrib berkumandang.Kami menunggu orang di pihak perempuan datang untuk menunjukkan tempat tinggal kami,maka tibalah orang yang ditunggu.Kami meminta untuk ke homestay dahulu kerana hendak mandi,solat dulu,barulah ke rumah bakal tunang ni untuk makan.Usai mandi,nak solat..kiblat pulak tak tahu,maklumla homestay ni cukup-cukup je tempat tidur.Dapur pun tak ada...tapi memadaila satu bilik RM30 semalam.Ada 3 bilik,makanya satu bilik untuk aku sekeluarga,adik ipar  dan mentua sorang satu bilik.Yang boleh diterima kedai kat bawah je.Kemudian bertolak la kami ke rumah bakal tunang ni tanpa solat sebab belum tahu arah kiblatnya.Sampai je dirumahnya,adalah khemah kahwin sebijik,memandangkan kembar bakal tunang baru melangsung perkahwinannya hari siangnya.Maka jejaklah kaki kami ke rumahnya,disambut kaum keluarganya.Yang pengantinnya tengah basuh periuk..hehehe..nasiblah kalau adik ipar ni kahwin,memang la kena macam tu..Yang sempoinya,bapak pengantin ni pakai t-shirt dengan pelikat je.Masa bertunang pun macam tu gak.Lepas beramah mesra,makan-makan kami pun minta nak pulang berehat,aku pun nak settlekan hantaran .Nak gubah sireh,nak hiaskan apa yang patut bagi nampak cantik.Paling yang memeningkan kepala bab gubah baju tu...last-last tulah yang jadi..ok gak la tu..Setelah selesai,aku  mengemas sket apa yang patut,then masuk tido.Yang dok sama tak tido si buntat aku sorang ni...berlari sana sini.Tido pun kene paksa..tu pun aku dah terlelap,dia dok cakap sorang-sorang..menyanyi la bagai...gasaklah anak oii..Keesokkan harinya aku habiskan sikit hiasan hantaran yang mana tak dapat ilham malam tadinya,lepas tu ke pasar Siti Aisyah round-round.Tu pun tak lama,dapat beli baju  dengan seluar sehelai,jadilah..Orang ramai sangat kat pasar tu.Masa tu tak terpikir nak shoping apa yang patut sebab dalam otak ni nak ke Kota Bahru pulak.Angan2 nak ke tempat murtabak diraja tu ,pasar Siti Khadijah,Pengkalan Kubu.
Balik ke homestay,nak ready ni ke rumah perempuan,sambil menunggu anak buah dari Jertih,yang kebetulan beraya di rumah mertua dia datang,dah siap iron baju,hantaran dah letak atas dulang.Layan la si buntat sorang ni memain.Akhirnya sampai juga anak buah ni.sambil menunggu nak bersiap tu,berbual jap sebab lama tak jumpa.
Tibalah masa ,lepas solat zuhur berdedaila 2 kereta ke rumah perempuan .Sesudah menyarungkan cincin maka rasmilah ikatan pertunangan adik ipar dengan gadis pilihannya.Hantarannya lagi cantiklah kalau nak bandingkan aku buat,maklumlah nak bagi yg hebat2 space nak bawak tak cukup,yang ada tu boleh la...Hantaran yang diorang bagi tu,mana yang tak boleh nak bawak balik tu dibagikan pada anak buah sebab dia balik ke rumah mertua dia,boleh la makan.Macam mana nak bawak balik pulut tu,dengan bekas tak ada,leceh nak bawak balik.barang lain lagi nak sumbat dlm bonet kereta.Agenda nak berjalan-jalan ke Kota Bahru diteruskan petangnya.Tunang adik ipar ni aku panggil Ty.Ty bawak kitaorang pegi ke Pantai Irama,makan satey Kelantan.Rasanya ada lain sket,tak banyak dengan satey biasa.Mungkin lengkuas dengan gula yang lebih.Agak-agak dlm maghrib,lepas makan tu ,gedebak-gedebuk kami ke Wakaf Che Yeh.Rupa-rupanya macam pasar malam ,tapi lagi besar dan macam-macam ikon Negeri Kelantan dijual seperti tudung ngan batik.Ada satu tudung ni aku tak nampak lagi jual kat Melaka ni..harga dia sehelai je aku tanya RM150.Pergh...tanya kenapa mahal..katanya ni tudung bersulam.ingatkan bling-bling tu mahal.Pas tu kitaorang jalan-jalan tengok apa yang menarik.Dapatlah aku beli 2 tudung sarung saiz L yang bersulam juga berharga RM10 satu.Tapi yang tak syoknye,bila berjalan lak perut aku ni memulas-mulas.nak ke tandas tu tanya 3 org mana arahnya.Lepas tu lega!hehehe..Nak jalan2 explore tempat tu,macam tak best pulak sebab ada anak dara orang satu,esok nak bertolak awal lagi...so drebar kene la berehat.
Dah hantar si Ty ,baliklah mengemas apa yang patut,beg baju,beg makanan letak tepi ,senang capai.Lewat juga aku tido nak susun barang supaya tak banyak makan ruang,sapu sampah,longgokkan sampah.Takkan la nak biarkan kotor kan.Kunci jam dan tido!
Pagi-pagi aku bangun dulu,dah mandi siap,sembahyang subuh.Kejut anak dan mandikan dia dulu.Dia dah siap senang keje.Dalam nak kat pukul 7 kitaorang hantar kunci kat rumah Ty,then mulalah perjalanan pulang kami.Dah ikut jalan GPS tunjukkan,nak cari keropok lekor lak tak jumpa.terpaksalah masuk ke Kuantan beli keropok lekor.Berehat dan merehatkan kereta di Paloh Hinai.Tu pun dalam pukul 3-4 macam tu.Sebelum tu masa dalam highway,singgah jap kat R&R nak solat.Senang bila dah solat dulu.Masa perjalanan datang langsung tak singgah mana2 masjid.sampai kat Jelawat orang dah azan maghrib..Melepas.Kena kadak la.Dah dapat beli apa yang dihajati,dah berehat  kat Paloh Hinai,kitaorang mulalah bergerak balik.Sampai di Segamat,hujan mula renyai-renyai.Akhirnya...dah sampai di Tangkak,keluar highway terus ke Ayer Keroh kemudian ke Pokok Mangga ,hantar mertua ngan adik ipar.Lega dah sampai dan bebanan dalam kereta pun dah  kurang..Alhamdulillah Allah melindungi dan merahmati perjalanan pergi dan pulang..




Thursday, October 18, 2012

Bakal ke Kelantan utk 'memetik' bunga di laman orang...

Hari Ahad lepas hari raya haji ni berduyunla keluarga suamiku ke Kelantan untuk menunaikan hajat  adik iparku sorang ni untuk menyunting suri hatinya...Akhirnya setelah aku sendiri asyik dengar je dia ni berkawan dengan polan ni..polan tu,akhirnya dia bawak orang lain untuk berbuka puasa bersama dengan abah dia dan abang serta aku ,kakak iparnya.Akhirnya dia memilih orang Kelantan sebagai tunangannya.Jauh nun kat Bachok.Lepas ni selesailah sudah teka-teki bila,ngan siapa dia akan bertunang,sekali gus akan bernikah...tapi tahun lain la..hehe.Perasaan aku berbaur sebab dapat jenjalan ke Kelate dan bakal mendapat ipar..dapatlah aku kawan setelah pemergian mak mertua.Meriah la bagi keluarga suami aku yang tak besar.Maklumlah 2 beradik je.Dan lagi satu aku nak tengok prestasi anak dara aku 2 tahun,bila berjalan jauh naik kereta.
Sebenarnya pertunangan ni dikirakan agak tergesa-gesa sebab org sana nak 'qasar'kan dengan majlis kahwin kembar bakal tunangan adik ipar ni.Tapi kerana kehendak tuan badan nak jugak tarikh tu,ikutkan jelah.Lagipun bertunang je...bukannya nak bernikah kan..jadi...harap-harap semuanya berjalan dengan lancar,walaupun ade ura-ura kesulitan bakal berlaku,tapi...tunggu,bincang dan lihat hasilnya perbincangan hantaran tu nanti...Ya Allah permudahkan urusan kami dan diharapkan tiada muka-muka tegang..hehehe

Monday, July 16, 2012

Aturcara semperna 750 Tahun Negeri Melaka

13-15 Julai 2012 ni,banyak even yang berlangsung di Melaka ni.Salah satunya Karnival Udara Antarabangsa Melaka yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam,Pesta Masakan Warisan dan Nusantara yang diadakan di Istana Melayu Melaka di Banda Hilir,Konsert anjuran Astro & Canon di Dataran Pahlawan dan ada 1-2 even yang berlangsung serentak sampai mana satu nak pegi pun tak tahu.Kali ni saya tak bawa kamera sekali untuk di tayangkan kat blog.Sayangkan...tak teringat langsung,so minggu terakhir sebelum Ramadhan tiba ni,pelbagai aktiviti dijalankan untuk memenuhi jadual semperna menyambut 750 Tahun Negeri Melaka.

Sunday, July 8, 2012

perginya Pak Busu disayangi

Satu-satunya adik lelaki dan yang bongsu abah pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.Seramai 6 orang adik beradik,kini hanya tinggal abah dan adik perempuannya,Auntie.Semoga Allah mencucuri rahmat dan nikmat keatas rohnya.Amin.

Monday, June 18, 2012

santai-santai

ala-ala model

nak kamera...

sedapnyer ais krim ni
Inilah the latest aktiviti kami sekeluarga.Santai di Pantai Kundur,sambil makan ais krim.Sekarang ni makan apa-apa ,dah tak boleh lagi kongsi-kongsi...kene beli 3,sorang satu.hehehe.Tak nak dia kongsi ngan mama papa dia.

Pesta Sungai Negeri Melaka

1-30 Jun merupakan bulan Pesta Sungai di Melaka.Selama yang dianjurkan aku tak pernah sekali pun turut serta ataupun hadir.Ini kerana masa dan cuaca menjadi halangan.Malam-malam yang lepas husband ajaklah ronda-ronda sebab boring.Destinasi yang kami tuju ialah Taman Rempah.Kami tinjau dulu keadaan dulu,kalau orang ramai sangat,maka teruskan perjalanan.Di Taman Rempah,tersangat penuh dengan bas-bas rombongan,di seberangnya,agak tak ramai.Di situlah aktiviti pesta sungai di adakan.Jadi kami ambil keputusan untuk ke situ.Rupa-rupanya malam tu malam pencarian Ratu Perlancongan Pesta Sungai sedang dijalankan.Dah mengambil tempat,kami mula menikmati persembahan di hoskan Ery Putra dan Amyza Adnan.Apa yang boleh aku katakan tentang pencarian Ratu pada malam tu,sangat mengecewakan dan memalukan.Bila tiba round uji IQ,soalan minta menghuraikan,tapi jawapan bagi jawapan tak kene dengan soalan.Daripada 17 orang yang bertanding,hanya 2-3 orang je bagi jawapan yang masuk akal,tu pu sikit je.Malas aku nak citer ,punyalah malas diorang ni nak membaca,buat reserch.Muka lawa,ade yang anak datuk,bole bagi jawapan yang cincai-cincai je.Aku asyik geleng-geleng kepala dengar jawapan.Amyza pulak asyik sindir dan perli je jawapan yang budak-budak ni bagi..Aku pun naik segan.Nak tahu ape yang Amyza kata?Wah..satu jawapan yang mantop,ringkas dan padat,tak sangka bijak -bijak belaka.Apa yang nak dibanggkan sangat?Yang menang,satu-satunya budak cina,tu pun sebab cara dia jawap agak tersusun,tak terkocoh-kacah,dan jawapan dia bolehlah diterima walaupun tak sempurna.So...ini lah satu-satunya aktiviti yang aku follow just fun and relax.

CD ready to Sabah

babyland

sunnybaby

package ready to post
Kalau nak tahu,aku adalah buat bisnes kecil-kecilan jual CD ni sebab di Melaka ni setahu aku ada dua je penjual CD ni, akulah salah satunya.(brand yang murah tapi berkualiti)Yang aku tak percaya,orang dari sabah beli dari aku.Gambar di atas ni adalah belian keduanya,20 keping CD.Yang lepas dia order 10 keping brand yang aku jual.Tapi kali ni dia mintak brand lain ,so aku dapatkan khas untuk dia.Oleh kerana dia percaya pada aku,so aku berilah dia mystery gift.Hati kastemer ni kenelah dijaga.Dia happy dan katanya dia akan beli lagi.Thanks to Mrs Chalyn