Hari Ahad lepas hari raya haji ni berduyunla keluarga suamiku ke Kelantan untuk menunaikan hajat adik iparku sorang ni untuk menyunting suri hatinya...Akhirnya setelah aku sendiri asyik dengar je dia ni berkawan dengan polan ni..polan tu,akhirnya dia bawak orang lain untuk berbuka puasa bersama dengan abah dia dan abang serta aku ,kakak iparnya.Akhirnya dia memilih orang Kelantan sebagai tunangannya.Jauh nun kat Bachok.Lepas ni selesailah sudah teka-teki bila,ngan siapa dia akan bertunang,sekali gus akan bernikah...tapi tahun lain la..hehe.Perasaan aku berbaur sebab dapat jenjalan ke Kelate dan bakal mendapat ipar..dapatlah aku kawan setelah pemergian mak mertua.Meriah la bagi keluarga suami aku yang tak besar.Maklumlah 2 beradik je.Dan lagi satu aku nak tengok prestasi anak dara aku 2 tahun,bila berjalan jauh naik kereta.
Sebenarnya pertunangan ni dikirakan agak tergesa-gesa sebab org sana nak 'qasar'kan dengan majlis kahwin kembar bakal tunangan adik ipar ni.Tapi kerana kehendak tuan badan nak jugak tarikh tu,ikutkan jelah.Lagipun bertunang je...bukannya nak bernikah kan..jadi...harap-harap semuanya berjalan dengan lancar,walaupun ade ura-ura kesulitan bakal berlaku,tapi...tunggu,bincang dan lihat hasilnya perbincangan hantaran tu nanti...Ya Allah permudahkan urusan kami dan diharapkan tiada muka-muka tegang..hehehe
No comments:
Post a Comment