Ini berkisarkan kehidupan disekelilingku .Segalanya berlaku sama ada gembira,sedih,bahagia,suka duka.Dan satu perkongsian untuk pelbagai perkara mengenaiku dan keluargaku.Blog ini diharap dapat memberi manfaat kepada yang membaca kerana aku padatkan dan kongsikan dengan pengetahuan dan perkara terkini.
Monday, June 18, 2012
Pesta Sungai Negeri Melaka
1-30 Jun merupakan bulan Pesta Sungai di Melaka.Selama yang dianjurkan aku tak pernah sekali pun turut serta ataupun hadir.Ini kerana masa dan cuaca menjadi halangan.Malam-malam yang lepas husband ajaklah ronda-ronda sebab boring.Destinasi yang kami tuju ialah Taman Rempah.Kami tinjau dulu keadaan dulu,kalau orang ramai sangat,maka teruskan perjalanan.Di Taman Rempah,tersangat penuh dengan bas-bas rombongan,di seberangnya,agak tak ramai.Di situlah aktiviti pesta sungai di adakan.Jadi kami ambil keputusan untuk ke situ.Rupa-rupanya malam tu malam pencarian Ratu Perlancongan Pesta Sungai sedang dijalankan.Dah mengambil tempat,kami mula menikmati persembahan di hoskan Ery Putra dan Amyza Adnan.Apa yang boleh aku katakan tentang pencarian Ratu pada malam tu,sangat mengecewakan dan memalukan.Bila tiba round uji IQ,soalan minta menghuraikan,tapi jawapan bagi jawapan tak kene dengan soalan.Daripada 17 orang yang bertanding,hanya 2-3 orang je bagi jawapan yang masuk akal,tu pu sikit je.Malas aku nak citer ,punyalah malas diorang ni nak membaca,buat reserch.Muka lawa,ade yang anak datuk,bole bagi jawapan yang cincai-cincai je.Aku asyik geleng-geleng kepala dengar jawapan.Amyza pulak asyik sindir dan perli je jawapan yang budak-budak ni bagi..Aku pun naik segan.Nak tahu ape yang Amyza kata?Wah..satu jawapan yang mantop,ringkas dan padat,tak sangka bijak -bijak belaka.Apa yang nak dibanggkan sangat?Yang menang,satu-satunya budak cina,tu pun sebab cara dia jawap agak tersusun,tak terkocoh-kacah,dan jawapan dia bolehlah diterima walaupun tak sempurna.So...ini lah satu-satunya aktiviti yang aku follow just fun and relax.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment