Thursday, November 8, 2012

Sesudah majlis pertunangan adik ipar

sireh

buah-buahan

sepasang kain

kek buah

cincin merisik dan pertunangan


Bertolak ke Kelantan untuk menunangkan adik ipar pada hari Sabtu selepas Hari Raya Haji yang lepas.Inilah antara hantaran yang digubah oleh saya apabila tiba di Kelantan kecuali bekas cincin tu.hehehe.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dari segi perjalanan pergi,tiba,majlis kecil-kecilannya dan perjalanan pulang.Pergi balik mahu makan 12 jam setiap satu.Semasa perjalanan pergi,kami memasuki bandar Kuala Terengganu,kemudian menyusuri jalan pantai hingga ke Bachok .Jauhnya dengan bawa anak 2 tahun saya,tahu-tahu jelah...walaupun ragamnya tak teruk sangat,penat la juga.Sempat la berehat dan ambil angin di Pantai Mehrang,beli jagung rebus,jagung bakar.Selepas tu kami meneruskan perjalanan tanpa henti melainkan isi minyak kereta,dan akhirnya sampai juga kami pada pukul 6.50 di Jelawat.Sampai saja,azan maghrib berkumandang.Kami menunggu orang di pihak perempuan datang untuk menunjukkan tempat tinggal kami,maka tibalah orang yang ditunggu.Kami meminta untuk ke homestay dahulu kerana hendak mandi,solat dulu,barulah ke rumah bakal tunang ni untuk makan.Usai mandi,nak solat..kiblat pulak tak tahu,maklumla homestay ni cukup-cukup je tempat tidur.Dapur pun tak ada...tapi memadaila satu bilik RM30 semalam.Ada 3 bilik,makanya satu bilik untuk aku sekeluarga,adik ipar  dan mentua sorang satu bilik.Yang boleh diterima kedai kat bawah je.Kemudian bertolak la kami ke rumah bakal tunang ni tanpa solat sebab belum tahu arah kiblatnya.Sampai je dirumahnya,adalah khemah kahwin sebijik,memandangkan kembar bakal tunang baru melangsung perkahwinannya hari siangnya.Maka jejaklah kaki kami ke rumahnya,disambut kaum keluarganya.Yang pengantinnya tengah basuh periuk..hehehe..nasiblah kalau adik ipar ni kahwin,memang la kena macam tu..Yang sempoinya,bapak pengantin ni pakai t-shirt dengan pelikat je.Masa bertunang pun macam tu gak.Lepas beramah mesra,makan-makan kami pun minta nak pulang berehat,aku pun nak settlekan hantaran .Nak gubah sireh,nak hiaskan apa yang patut bagi nampak cantik.Paling yang memeningkan kepala bab gubah baju tu...last-last tulah yang jadi..ok gak la tu..Setelah selesai,aku  mengemas sket apa yang patut,then masuk tido.Yang dok sama tak tido si buntat aku sorang ni...berlari sana sini.Tido pun kene paksa..tu pun aku dah terlelap,dia dok cakap sorang-sorang..menyanyi la bagai...gasaklah anak oii..Keesokkan harinya aku habiskan sikit hiasan hantaran yang mana tak dapat ilham malam tadinya,lepas tu ke pasar Siti Aisyah round-round.Tu pun tak lama,dapat beli baju  dengan seluar sehelai,jadilah..Orang ramai sangat kat pasar tu.Masa tu tak terpikir nak shoping apa yang patut sebab dalam otak ni nak ke Kota Bahru pulak.Angan2 nak ke tempat murtabak diraja tu ,pasar Siti Khadijah,Pengkalan Kubu.
Balik ke homestay,nak ready ni ke rumah perempuan,sambil menunggu anak buah dari Jertih,yang kebetulan beraya di rumah mertua dia datang,dah siap iron baju,hantaran dah letak atas dulang.Layan la si buntat sorang ni memain.Akhirnya sampai juga anak buah ni.sambil menunggu nak bersiap tu,berbual jap sebab lama tak jumpa.
Tibalah masa ,lepas solat zuhur berdedaila 2 kereta ke rumah perempuan .Sesudah menyarungkan cincin maka rasmilah ikatan pertunangan adik ipar dengan gadis pilihannya.Hantarannya lagi cantiklah kalau nak bandingkan aku buat,maklumlah nak bagi yg hebat2 space nak bawak tak cukup,yang ada tu boleh la...Hantaran yang diorang bagi tu,mana yang tak boleh nak bawak balik tu dibagikan pada anak buah sebab dia balik ke rumah mertua dia,boleh la makan.Macam mana nak bawak balik pulut tu,dengan bekas tak ada,leceh nak bawak balik.barang lain lagi nak sumbat dlm bonet kereta.Agenda nak berjalan-jalan ke Kota Bahru diteruskan petangnya.Tunang adik ipar ni aku panggil Ty.Ty bawak kitaorang pegi ke Pantai Irama,makan satey Kelantan.Rasanya ada lain sket,tak banyak dengan satey biasa.Mungkin lengkuas dengan gula yang lebih.Agak-agak dlm maghrib,lepas makan tu ,gedebak-gedebuk kami ke Wakaf Che Yeh.Rupa-rupanya macam pasar malam ,tapi lagi besar dan macam-macam ikon Negeri Kelantan dijual seperti tudung ngan batik.Ada satu tudung ni aku tak nampak lagi jual kat Melaka ni..harga dia sehelai je aku tanya RM150.Pergh...tanya kenapa mahal..katanya ni tudung bersulam.ingatkan bling-bling tu mahal.Pas tu kitaorang jalan-jalan tengok apa yang menarik.Dapatlah aku beli 2 tudung sarung saiz L yang bersulam juga berharga RM10 satu.Tapi yang tak syoknye,bila berjalan lak perut aku ni memulas-mulas.nak ke tandas tu tanya 3 org mana arahnya.Lepas tu lega!hehehe..Nak jalan2 explore tempat tu,macam tak best pulak sebab ada anak dara orang satu,esok nak bertolak awal lagi...so drebar kene la berehat.
Dah hantar si Ty ,baliklah mengemas apa yang patut,beg baju,beg makanan letak tepi ,senang capai.Lewat juga aku tido nak susun barang supaya tak banyak makan ruang,sapu sampah,longgokkan sampah.Takkan la nak biarkan kotor kan.Kunci jam dan tido!
Pagi-pagi aku bangun dulu,dah mandi siap,sembahyang subuh.Kejut anak dan mandikan dia dulu.Dia dah siap senang keje.Dalam nak kat pukul 7 kitaorang hantar kunci kat rumah Ty,then mulalah perjalanan pulang kami.Dah ikut jalan GPS tunjukkan,nak cari keropok lekor lak tak jumpa.terpaksalah masuk ke Kuantan beli keropok lekor.Berehat dan merehatkan kereta di Paloh Hinai.Tu pun dalam pukul 3-4 macam tu.Sebelum tu masa dalam highway,singgah jap kat R&R nak solat.Senang bila dah solat dulu.Masa perjalanan datang langsung tak singgah mana2 masjid.sampai kat Jelawat orang dah azan maghrib..Melepas.Kena kadak la.Dah dapat beli apa yang dihajati,dah berehat  kat Paloh Hinai,kitaorang mulalah bergerak balik.Sampai di Segamat,hujan mula renyai-renyai.Akhirnya...dah sampai di Tangkak,keluar highway terus ke Ayer Keroh kemudian ke Pokok Mangga ,hantar mertua ngan adik ipar.Lega dah sampai dan bebanan dalam kereta pun dah  kurang..Alhamdulillah Allah melindungi dan merahmati perjalanan pergi dan pulang..




No comments:

Post a Comment