Wednesday, May 30, 2012

Detik kelahiran permata hati

inilah anakku yang berusia 3 bulan


Pada hari rabu aku dah siap-siap untuk ke hospital.segala kelengkapan bersalin dah masukkan dalam kereta.Pagi tu aku buat chek up dulu di ob-gyn,then baru naik ke labour room untuk tunggu kekosongan katil di ward.Lama giler menunggu,nak-nak pulak tengah bulan puasa.Melangkah je kaki dalam labour room tu,bakal-bakal ibu diberi makan minum.pendek kata dalam tu terkecuali mood puasa.Kekadang tu bila tengah makan ke minum,ade yang si suami masuk nak hantar barang la kat orang rumah dia di dalam tu.Sebelum dipindahkan ke wad,aku akan disuruh tukar pakaian,diperiksa air kencing dan tekanan darah.Sementara untuk pemeriksaan selanjutnya,tunggulah aku dengan bakal ibu-ibu sambil tengok gelagat orang.Gementar jugaklah nak tunggu doktor-doktor muda ni nak 'menyeluk' laluan tu.Akhirnya aku dapat seorang doktor lelaki cina.Risau giler waktu tu.pastu dipasangnya aku alat untuk degup jantung baby kat perut.Usai semua tu,yang aku ingat,aku kene bermalam dalam labour room.Tapi rasanya tak lama pastu aku dipindahkan ke wad.then kat wad la aku kene buat persiapan untuk deliver.Oleh kerana aku akan di induce,so nurse kat situ buat sekali lagi ujian degup jantung baby,tekanan darah,then bagi ubat buang air.Pagi khamis tu aku mula ditolak masuk ke labour room balik.Di situlah aku diinduce yang pertama.Kalau tak silap 3 kali aku diinduce,akhirnya dalam pukul 8 lebih diorang mula pecahkan air ketuban.Start tu perut aku dah mula memulas dan sakit mula datang..Aduh...sakit pertama boleh lagi menangis call husband,lepas tu sakit langsung tak boleh nak menangis,ke kiri tak kene,ke kanan pun tak luak sakit.aku mengaduh je ..semua ayat untuk mudah bersalin puas aku baca,sampai tak terbaca.Nurse yang ada sumer suruh sabar,baca ape yang patut,aku kata dah puas baca.minta ubat tahan sakit pun ,sama je rasa.Tiba-tiba aku terasa nak berak,nurse tu kata eh..budak ni dah nak meneran ni,ramai-ramai datang, panggilkan doktor,suruh aku kangkang.Nurse kata jangan angkat punggung masa teran ,aku kata aku tak angkat,diorang ikat kaki aku.Datang doktor seluk ,katanya nak buka jalan supaya baby boleh  senang kuar..sakit betul.Pastu disuruhnya aku meneran,dalam 3-4 kali teran,akhirnya keluarlah puteriku seberat 2.6kg.pukul 12.01am hari jumaat.1st time nurse letakkan baby kat badan,aku tengok macam anak korea sebab aku suka sangat tengok citer korea masa pregnant.putih melepak,ada merah-merah kulitnya.Tapi aku tak dapat bawak baby keluar ke wad sekali sebab dia kene dibawak ke nursery untuk chek paras gula.Sebabnya aku on gdm.Yang jahit luka aku bidan yang buat.Siap kene sound,malu aku..inilah pengalaman pertama yang agak mencabar sepanjang kehamilan dan kelahiran anak aku.

No comments:

Post a Comment