Petang semalam anak,husband ngan aku ke Pengkalan Balak,ke chalet seorang rakan sekerja husband.Husband nak ambil foto tetntang chalet dan dapatkan satu foto lanskap yang menarik bila waktu senja.Selepas maghrib,kami bertolak balik dan bercadang ke arah bandar.Kelaparan ni..perut sudah menyanyi-nyanyi mintak diisi.Husband asyik tanya,kat mana nak makan.Aku jawab tak kisahlah.Akhirnya husband bawak ke Kota Laksamana,cari asam pedas.Rasanya ada 4 buah restoran asam pedas di Kota Laksamana,antaranya Asam Pedas Hajah Mona,Asam Pedas Claypot,Asam Pedas Pokok Besar.Asam Pedas Pokok Besar berhadapan dengan Asam Pedas Claypot.Asam Pedas Hajah Mona berdekatan dengan Casa Del Rio,depan sana.Ini pertama kali aku makan asam pedas di Kota Laksamana.Biasanya aku takkan cari asam pedas di Melaka ni.Aku pun biasa buat kat rumah,tapi kebanyakan yang pernah aku rasa,asam pedas yang homemade memang tak sama dengan komersialnyer.Tapi boleh la tahan rasanya,kalau tak manakan mungkin ramai sangat yang singgah makan.Semua meja penuh!Aku pesan asam pedas ikan pari dan husband lak asam pedas tetel.Memang puas hati.Next time nak cuba yang Asam Pedas Claypot.
will be continued...
No comments:
Post a Comment