Tuesday, May 29, 2012

OMG!!flash back balik lah

aku terlupe betul yang aku dah ade blog sendiri...rasanya dah 3tahun lebih kot aku tinggalkan blog ni.pejam celik pejam celik rupanya dalam tempoh tersebut,aku mula pregnant.Dalam tempoh tu,kandungan aku mencecah 3 bulan,mak mertua pulak tak sihat.keluar masuk hospital,so aku sorang je perempuan yg ada kenalah take over jawatan nurse yang tak bertauliah.Aku pun hari-hari ulang-alik ke hospital teman mak mertua.hingga kandungan aku berusia 6 bulan,mak mertua dah kuar hospital,aku ngan husband kenalah berpindah masuk ke rumah mertua atas permintaannya.jadi klinik chek up pun berpindah.Bermulalah tugas nurse tak bertauliah sepenuh masa.Mak mertua pula tak boleh nak gerak sendiri macam lumpuh tubuh badan dia,jadi aku dengan bapak mertua gilir-gilir uruskan hal-hal pembersihan.Anak-anaknya lelaki,2 je..mengandung ni pun aku ada masalah dengan darah tinggi dengan diabetes(tapi tahap yg sangat terkawal),so setiap 2 minggu sekali kene melawat hospital.selalunya aku pergi sorang sebab hospital ramai orang,jadi aku taknak susahkan husband nak teman.Nasib aku baik,perut tak boyot sangat,sbb ade masalah lain pulak bila kandungan mencecah 6 bulan ,doktor buat scan,dia kata baby aku pula  kecil.Tak seragam dengan usia dan berat.Adui yai..doktor tu berceramah lak side effect tentang baby kecil ni..menangis aku kat siu jugak.Dahlah 4 tahun lebih baru dapat mengandung,dibaginya citer-citer negative ni.Aku call husband bagitau ape yang doktor cakap.Husband terus datang ke hospital bawak aku balik ke rumah.Kereta yang aku bawak disuruh tinggal dulu kat situ.Husband marah sebab doktor cakap macam tu.Takde skill communication katanya.Husband citerlah kat mertua pasal hal tu,dia risau,terus dia call kawan dia sister kat Hospital Putra.Kawan merangkap jiran,Auntie Lau datang ke rumah.Dia kata jangan risau,banyak budak dia dah jaga,yang kecil ni cepat je besar.Katanya macam aku ada darah tinggi ni effect kat tali pusat.Tali pusat macam ada yang tersumbat sket,tu yang makanan lambat sampai,baby kecil  la sket.Entahlah..darah tinggi  aku bukannya tinggi sangat.selang sehari aku kene ke klinik chek tekanan darah.okey je...dos ubat pun yg kecil je..diabetes pun sama.Bacaan pagi tu je yg terlebih tu pun kalau enjet insulin 8 unit je.sekali  dari 4 kali sehari.hehehe..bila nak kene pegi hospital je aku enjet insulin tu sebab dia nak tengok hasil bacaan gula 2 hari sebelumnya(BSP).So semenjak tu aku mula minum susu kambing Hi -goat sampai aku bersalin.Dan tak lupa jugak,sepanjang kehamilan ni ,aku tetapkan hari-hari,selepas solat 5 waktu,aku mesti baca AL-QURAN.Surah-surah untuk ibu mengandung.Alhamdulillah aku berjaya melakukannya.Aku dijangka akan melahirkan anak 2 minggu lebih awal,biasalah ada diabetes kan..maknanya lagi seminggu nak raya.
Pada hari Jumaat,seperti biasa pagi tu aku membersihkan mak mertua.Hari ni katanya dia nak mandi,sebab kulit badan dia mengering dan mengelupas,so husband ngan aku angkat naik atas kerusi roda dan bawa ke bilik air.Selepas memandikan,husband pegi keje,kebetulan dia ada kursus,masuk lambat sket.Setelah aku pakaikan lampin,aku mulakan tugas aku membersihkan bisul-bisul yang dipecahkan.Dah selesai aku pun masuk ke bilik berehat.Lepas tu aku ke dapur untuk memasak makanan mak mertua..aku pun dah tak ingat ape yang aku masakkan.Tengah buat keje-keje rumah,husband pun balik.Dia layan mak dia nak makan apa.Berat hati dia nak pergi sembahyang Jumaat,so dia temankan maknya di rumah sementara abahnya ke masjid.Alhamdulillah apa yang maknya hajati ,husband dapat penuhi.Nak jadikan citer,aku fikir nak balik kejap ke rumah sendiri ,so aku nak ikut husband balik ke tempat kejenya,balik keje dia amik sebab satu jalan.Dah lama aku tinggalkan rumah dan aku pun rasa nak berehat di rumah sendiri.Dalam pukul 5,husband call suruh siap cepat,katanya abah telefon ,mak pengsan.Aku pun kelam kabut la siap ,turun then husband amik.Dalam keta aku call balik abah,tiba-tiba abah kata 'leha,mak dah takde'.Aku tak tahu nak rasa apa,lalu aku kata kat suami yang maknya dah meninggal.Aku memang tak menjangka..sangat tak sangka.Yang tak sangka,arwah ni baru je lepas bercakap kat telefon dengan iparnya.Abah pulak ke dapur tengah basuh pinggan.Bila bunyi telefon,arwah ni laju je angkat sebab telefon memang dekatnya.Bunyi telefon lama  sampaikan abah ke depan ,napa mak ni tak angkat.Panggil-panggil arwah tak menyahut.Abah panik,pergi ke rumah jiran,kata arwah ni pengsan tolong tengokkan.Jiran ni datangla(merangkap kawan baik).Dia panggil-panggil arwah ni.'kak esah..kak esah..ni ah chun datang..bangunla.'Akhirnya Auntie Chun kata pada abah,mak dah meninggal.Arwah tak dapat nak lihat cucu sulungnya yang tinggal sebulan je lagi aku nak bersalin.Arwah nak sangat cucu perempuan sebab katanya keluarga dia kekurangan perempuan.Aku sebenarnya tak ralat sangat sebab aku rasa puas dapat jaganya ketika arwah terlantar di hospital,pindah masuk balik ke rumahnya untuk merawat dan menjaganya hingga akhir hayatnya.

No comments:

Post a Comment